<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1618184930776000298\x26blogName\x3dMy+Diary\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luahsegalanya.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luahsegalanya.blogspot.com/\x26vt\x3d3919492385663993982', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>

PUTUS !
Khamis, 13 Jun 2013

Assalamualaikum .

Ya allah . Hazihan main main dengan aku ?? tak perlu aku sedih . tak perlu aku mengalir air mata . . memang aku sayangkan dia . . aku baru cakap aku takut kehilangan dia . dan sekarang , kami dah tak ada apa-apa hubungan . semalam aku dah tukar SIM semula . buat apa aku nak sedih . Hazihan tak sayangkan aku . Aku terima dengan Hati terbuka . redha segalanya . hubungan kami tak sampai 1 bulan .

buat malu aku ja :'( sudah la aku di kecewakan oleh Man yang tak guna tu . sekarang Hazihan pulak ?? tapi Hazihan mintak putus dengan cara elok . so , sikit tak rasa benci kat dia . meluat tu ada la sikit . kenapa mintak couple dengan aku kalau tak suka !!! ergh . . . . boleh pecah kepala fikir pasal Hazihan . apa pun aku akan cuba tenang . kan aku ada kata aku percaya dengan jodoh Allah . lagi pun , aku dengan Hazihan masih muda . Hazihan pemain seruling dan aku pemain kasut roda . haha . jauh beza tu . hahaha .

Kami kawan seperti sedia kala . aku akan cuba padam kisah hubungan kami . Allah dah tetap yang terbaik untuk aku . mungkin ada hikmah di sebalik semua ni . aku sayang Hazihan sangat sangat . aku hanya mampu berdoa saja :)

aku tak pernah rasa kehilangan Hazihan . aku rasa Hazihan dekat sangat dengan aku . mungkin dia tak sayang aku . sebab tu dia lepas aku . terima kasih awak :D

dengan cara elok awak lepaskan saya . tapi awak kena ingat , tolong jangan buat kat mana2 perempuan lepas ni . sakit hati sangat . tapi saya doa yang terbaik untuk awak . saya percaya awak baik . saya percaya awak tak da niat nak buat saya macam ni . dan awak tak kan pernah tau , saya masih sayangkan awak walaupun awak tinggalkan saya . saya sentiasa ada untuk awak .

sekarang kita kawan seperti biasa . saya tak kisah awak tinggalkan saya sebagai seorang kekasih , tapi saya mohon . jangan tinggalkan saya sebagai seorang kawan . kalau awak tinggalkan saya , saya nak berkawan dengan sapa ?

saya cuma ada awak . walaupun awak anggap saya macam kwn biasa . saya anggap awak kawan istimewa :) jangan tanya saya kalau lepas ni saya tak cakap kat awak yg saya rindu dan sayang awak . :D sebenarnya tiap masa saya rindukan awak . dan saya sentiasa sayang awak .

writtern @00:30

LELEKI SERULING
Sabtu, 8 Jun 2013

Assalamualaikum .

selesai jugak kenduri perkahwinan abang Nabila . Now , oh ! Hazihan salah seorang lelaki yang pandai bermain seruling . patut la dia kerja kat Makam Mahsuri . tak sangka la pulak . rasa betuah pun ada . aku rasa macam nak story nak blog aku satu lagi . kat situ ramai orang baca . tapi tak boleh letak Nama Hazihan .

bangga ni !! Hazihan pemain muzik . . haha . aku pemain kasut roda . hahahahaha . duduk saja saja kat rumah aku ada tulis satu cerita tentang Hazihan . aku buat cerpen .

tapi tak tau nak letak tajuk apa . ingat nak letak tajuk "Kekasihku Lelaki Seruling" amacam ?? oke tak ? mana tau suatu hari nanti cepen tu masuk dalam Majalah . haha . dah berangan la pulak . apa pun , alhmdulillah . aku sangat bahagia dengan Hazihan . kalau boleh aku nak bagi tau dia . kita jangan contact selalu takut dia bosan . takut masing masing jemu . kami muda lagi . baru 18 thn . ish ish . gatai nak bercouple . aku silap ni . sepatutnya aku kena couple dgn dia bila aku umur 23 nanti . ni awal sangat la . masing masing pun mentah lagi . termasuk aku sendiri . hahahaha .

apa pun aku dah mula sayang dia . harap kekal . tu ja . . tapi , aku takut sangat . hati lelaki cepat berubah . Hazihan ?? ya Allah . kenapa tiba-tiba aku rasa takut sangat kehilangan Hazihan . :'(

hmm . kalau jodoh tak kan kemana . Aku percaya pada jodoh . . tenang Lam ! masing masing Muda lagi . .

writtern @14:30

keluar bersama
Jumaat, 7 Jun 2013

Assalamulaikum .

Rancang nak keluar berdua saja . tiba-tiba  Eyna cakap nak belanja wayang . Eyna suruh aku bawak Amy untuk teman aku . sebab Eyna nak bawak Zack . tapi Amy ada kat KL sekarang . alang alang tu . ajak la Hazihan . tadi , tengok wayang . pastu dok kat dataran helang kejap . sebab Eyna nak bagi hadiah dekat Zack . untungkan ??

aku malas nak story panjang2 nanti aku upload gmbar aku bersama Hazihan . . sapa nak tengok ?? haha . . blog ni pun tak ada oarang nak baca . yang dok baca pun kawan2 aku . pastu Abg Angkat , Ardy Afendy .
mesti kena perli kalau dia buka baca . . hahahahaa .

oke dah mengantuk ni . GOOD NIGHT !!

writtern @03:00

berhenti FORM6
Khamis, 6 Jun 2013

Assalamualaikum .

ha , sekarang secara Rasmi aku dah tak jadi budak sekolah . aku dah keluar dari tingkatan 6 . bukan tak mau usaha . tapi aku rasa aku tak boleh lawan dengan cabaran ni . baik aku berundur sekarang . mintak maaf dekat mama . Aku tau , mama nak aku kekal di tinggkatan 6 . sebab kos murah . bukan nak menyusahkan mama . Alhamdulillah terima keputusan aku .

Aku terima tawaran tempat lain . Aku dapat politeknik . tapi aku tak pergi . sebabnya tak da kos yang aku nak . mama cakap kalau aku betul2 nak smbung belajar buat yang terbaik . aku tau mama sekarang tengah kerja keras nak kumpul duit untuk aku smbung belajaq . maafkan aku . insyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik lepas ni . ahaks , tadi duduk berdua dengan mama . aku saja tunjuk Facebook Hazihan dekat mama . walaupun mama membebel . aku tetap cerita pasal Hazihan . walaupun mama cakap Hazihan orang hajat . bukan apa , mama tak nak aku terlalu percayakan lelaki . ibu mana yang tak sayangkan anak . ye dak ??

sekarang aku taip sambil senyum . kejap lagi nak pergi rumah Nabila , nak tolong apa yang patut . dah tak lama kenduri kat rumah Nabila akan belangsung . Aku dan Hazihan ? sekatakat ni tak pernah berdeting lagi . last jumpa masa keluar makan tempoh hari dengan Farzana . eh , aku tak cerita macam mana aku boleh ajak Hazihankeluar lepas beberapa hari kami mula rapat . dah la , aku rasa malas nak menaip . malam tu tak rancang nak keluar pun .

oke bye !!

writtern @09:15

Baru sudah jumpa
Rabu, 5 Jun 2013

Assalamualaikum .

Pinjam laptop Nabila kejap . nak bagi tau ni . tadi aku jumpa Hazihan depan rumah tok Nabila tadi . baru je tadi . baru sangat sangat . sekarang tak boleh tidur . sebab tengah senyum sorang sorang . sambil tengok gambar Hazihan . Kami tukar Kad SIM . macam budak budak kan ?? apa pun . aku sekarang bahagia dengan Hazihan . aku cuma dapat doa supaya hubungan kami kekal . Amiin .

aku tak kisah sangat dia nak tukar ke tak Kad SIM . aku percaya dia . kalau dia sayang , dia akan setia . kalau dia tak setia , maksudnya dia tak sayang lah . buat apa nak cakap banyak kan ?? tapi aku dah semakin sayang dekat Hazihan . aku harap dia tak kan kecewakan aku . aku percaya dengan jodoh allah . bukan dengan couple . walaupun sekarang aku couple dengan dia . hehe . . lalalala . .

macam nak jerit satu Langkawi yang aku terima Hazihan seadanya . tapi Lam !! jangan terlalu berharap sangat . kenal Hazihan betul betul dulu .

aku memang kenal Hazihan ! Rambut kerinting , ada lesung pipit . kulit tak hitam , tak putih . haha . . tapi hati dia aku tak boleh baca . cuma dapat teka ja . aku tau dia setia :P

oke lah ! bye ...........................................

writtern @09:24

Nak terima ??
Selasa, 4 Jun 2013

Assalamualaikum !!

fuhh . dah lama tak bercerita ! lepas Man tinggal aku . aku rasa macam benci nak berkawan dengan lelaki .
tapi bila difikirkan semula . tak sebab Man aku nak pasang Niat sampai macam tu sekali ?? betul tak ?
dan bila aku baca semula apa yang cerita dalam ni . memang aku gelak keras perut .
pasal Syazwan Shukry ? ish ! dia tu dah macam abang lah . memang la aku pernah suka kat dia . tapi tak perlu kot untuk dapat kan dia .

Tujuan aku buka blog ni semula . sebab nak cerita pasal seorang lelaki yang sudah buat aku TERsuka dekat dia . Dia tak merokok . haaaaaa . dah lama aku cari . yang bestnya kami satu sekolah rendah !! kenapa aku tak pernah kenal dia ?? ish2 . Nama dia Hazihan , duduk kat Makam Mahsuri . pandai Main seruling kot .
yang tu aku tak tahu sangat . yang aku tahu . macam mana aku boleh rapat dengan dia ?

cetitanya macam ni , sebelum ni dia memang ada tegur aku dalam FaceBook . tapi , aku layan macam tak mau layan ja . sebabnya aku tak kenal . dah memang aku kalau tak kenal susah nak balas chat orang . oke , masa p makan dekat area Makam Mahsuri dengan Sahada dan Nabila . tiba2 aku tanya Sahada kenal Hazihan tak ? Sahada cakap dia kenal . Sahada kata dulu dia gemok . oke aku buat tak endah lagi masa tu . dan lepas makan rupa dia Hazihan yang pernah tegur aku dalam FaceBook . aku ternampak dia kat tepi jalan . hehe . masa tu dok fikir jugak , siapa budak ni .

Malam tu jugak dia chat aku dalam Facebook . ahaha . dah alang alang aku tak da kawan . berkawan je lah . yang bestnya dia tinggal number fon kat aku . niat nak masej . tapi dah lama aku tak top up . selang dua tiga hari lepas tu . dia cakap dia nak call aku . so , aku bagi number aku .

Hati rasa berbunga bunga .
lepas Man hilang dari hidup aku . haha . Cinta ? kan fitrah . memang tak boleh nak buat apa . malas nak cerita panjang panjang . kalau nak dipendekkan cerita . Now aku dah terima Hazihan dalam hidup aku ?? tapi masih menjadi tanda tanya . betul keputusan yang aku buat sekarang ni ?? Hazihan mintak couple semalam . dan aku terima . kenapa aku terima ? aku pun tak tahu kenapa .

yang aku tahu dia dah ada dalam hati aku sekarang . hehe . sayang memang la sayang . tapi tak sayang sepenuhnya lagi . insyaAllah aku akan cuba jaga hubungan ni dengan baik . kalau dia jodoh aku tak kemana . aku cuma takut di kecewkan lagi . macam mana Man buat kat aku . tinggal aku tanpa ada perasaan .

tapi aku yakin Hazihan baik orangnya . InsyaAllah dia tak kan buat aku kecewa lagi . cuma perlu tunggu dan lihat . semuanya dah tertulis .

"Ya Allah , Baik dan buruk Hazihan aku terima dia seadanya . Andainya dia untuk aku .. kekal kan hubungan kami . permudahkan segala urusan dia dan aku . aku akan cuba terima apa yang akan berlaku lepas ni " Aminn . .

Hazihan , harap awak dapat terima saya seadanya . Maaf , saya tak comel macam perempuan yg awak kenal sebelum ni . tapi Percayalah , saya Akan setia dan buat awak bahagia dengan cara saya sendiri . Saya tak minta apa2 dari awak . saya harap awak boleh setia :) saya tak minta kekayaan dari awak , sebab saya pun orang biasa , hidup sederhana . walaupun setakat ni , saya tak kenal latar belakang keluarga awak .

dah dah . aku tidur ,

SELAMAT MALAM DIARY KU . 
SELAMAT MALAM HAZIHAN KU.

writtern @02:00

Ting Tong
Jumaat, 22 Mac 2013

Assalamualaikum
Ya Allah . aku macam tak percaya ! lagi sekali aku terserempak dengan Syazwan Shukry ! rindu nk menggila dengan dia . haha . semangat aku kembali pulih bila tengok dia . kami bertentang mata . lepas tu aku jadi gelabah bewak ! masa tu aku tengah bawak 6 cawan ais yang diletakkan atas talam .
Argh ! Malunya . . aku terkejut lepas bertentang mata dengan Syazwan Shukry . 1 daripada 6 cawan ais terjatuh ke lantai . Syazwan Shukry tunduk sambil senyum . aku malu gilaa . aku langsung tak pandang dia . aku dapat rasa dia toleh ke arah aku . aku kekalkan keduduk aku diatas kerusi sambil tunduk .
Dia dh semester akhir . haha . aku baru nak sambung belajaq . dulu aku selalu berharap dia jodoh aku . tapi sekarang aku rasa malu untuk berharap macam tu . aku rasa malu untuk berkawan dengan lelaki .  apa aku patut buat untuk lupakan semua ni . aku malu dengan diri aku sendiri , malu dengan kawan-kawan aku . aku malu dengan siapa yang bakal menggantikan tempat Man di hati aku .
Aku rasa Murah sangat ! patutkah aku cerita dekat sesorang tentang apa yang aku rasa sekarang ! kalau Syazwan Shukry tau mesti dia akan tutup hati dia untuk aku . .
aku ingat Man boleh kekal lama dengan aku . rupanya tidak . dia pun sudah ada pengganti baru . macam mana dia tinggal Fara Nur , Macam tu lah dia tinggal aku . macam mana dia cari salah Batrisha ,  macam tu la yg jadi dekat aku . alasan yang sama dia gunakan . aku Malu dekat Mama . tiap hari tanya tentang Man . tiap hari cakap aku ni dok mesej dengan Man . aku cuma ya kan saja .
Maaf untuk Mama . tak dapat berkongsi rasa . apa pun , aku akan cuba lakukan yang terbaik . untuk masa depan aku jugak !  aku ingat lagi , Man pernah kata kalau dia dah beli moto dia akan selalu datang kumpulan . tapi semua tu kataKata semata !
Aku dipermainkan :-(
dia pergi tak berhati . tinggal aku tanpa perasaan ! tak pa Man . Mungkin Man selesa buat perempuan macam ni . Dia tak pernah hargai orang yang sayang dia . aku sumpah ! dia akan menyesal lepas apa yang aku rasa dia akan rasa !!
aku tak rugi apa pun ! cuma aku malu sebab benarkan diri aku menyentuh , memeluk dan mencium  dia . . aku tak boleh jatuh ! perjalanan masih panjang . ada masa untuk aku berubah . cukup lah Man buat aku macam ni . harap tak da lelaki yang macam Man singgah dan curi hati aku lagi . sakit sangat hati ni .

writtern @08:11

THE END
Rabu, 20 Februari 2013

Assalamualaikum

ya , kali ini Man yang mintak . dan aku dah set , kalau aku merayu dan menangis air mata darah sekali pun Man tak kan hirau . dengan tenang aku terima keputusan Man . InsyaAllah ada yg lebih baik dari ini akan terjadi lepas ni . Amin .

baru tadi gelak tebahak-bahak dengan Amy . sambil mengemas barang . lusa aku dah bertolak . aku cakap dekat Amy . sayangnya nak tinggal Hello Kitty aku . sambil tangan membuka kotak yang berisi Hello Kitty yang Man hadiahkan untuk aku . Aku cakap dekat Amy sambil ketawa . kalau Man tinggal aku nanti . Aku anggap suku hati Man kat Hello Kitty ni . walaupun Hello Kitty tak bernyawa . Nangis ketawa aku . semua aku curah dekat Hello Kitty tu .

tak lama lepas tu . Mama masuk bilik aku . Mama kata nak bawak jugak ka kartun tu . aku dan Amy ketawa saja . sembang kosong kami bertiga . sambil aku membaca mesej Man yang lepas . Aku terlalu rindukan dia . Rindu dia sangat . Aku tegur dia di WhatsApp . dan Man membalas dengan 1 keputusan yang aku tak pernah jangka ! Masa tu Amy tengah buat lawak . Aku balas whatsApp Man seolah-olah aku tak da masalah dengan dia . tapi masa tu . Hati sakit sangat . Amy tetap dengan cerita kosong dia . dalam hati aku patut kah aku bagi tau Amy dengan keputusan yang Man buat ni .

Aku teruskan senyum aku . sambil tangan memberi ayat penjelesan untuk Man .

Man tak Mau aku kecewa . tapi aku dah kecewa sekarang ^_^ mungkin ini yang terbaik untuk diri aku sendiri . kami baru putuskan hubungan ni setengah jam yang lepas . sebelum man buat keputusan tu . aku dengan Amy gelak sakan dalam bilik . aku dah kata dalam hati , mesti ada benda nak jadi . rupanya , ini keputusan Man .

Sekali ni ya ! aku tak nangis . Man yang buat aku jadi tabah . dan lepas ni harap aku tak kan menangis sebab lelaki . dan akan menangis kerana terlalu gembira untuk insan yang bergelar suami . mungkin nanti :) ya , banyak kenangan aku bersama Man . terlalu banyak . Aku selalu berdoa dia lelaki yang terakhir dalam hubungan macam ni . rupanya aku salah :) tapi allah makbulkan doa aku untuk berpisah dengan Man . Alhamdulillah . sebab aku percaya pada jodoh , bukan pada couple .

Aku doa , agar kami dipisahkan atau di jauhkan . dan kalau dia tertulis untuk aku , dia akan kembali . dan saat dia datang aku harap untuk masa yang singkat . dan kami akan bersatu . InsyaAllah

Aku bukan jenis yang samakan semua lelaki . Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku . Aku cuma harus tunggu , dan ubah diri aku jadi lebih baik , untuk dapat yang terbaik .

Untuk Man ? ya , harap dia jugak . macam mana dia putus dengan ex ex dia yang lepas . dengan cara yang baik . begitu jugak aku . dan aku rasa , cara yang sama dia gunakan untuk tarik seseorang perempuan tu .

Aku doakan dia dapat yang terbaik . mungkin lebih baik dari yang dia mintak . Amin

" ya Allah , permudahkanlah segala urusan Emir Amirool . berikanlah dia kesihatan yang sempurna . Jangan biarkan dia lalai dengan urusan dunia . semoga Ummi dia sihat. tabahkan dia saat dia diberi ujian . jauhkan dia dari perkara yang sia-sia . jadikan dia lelaki yang soleh . jadikan dia anak yang tidak lupa terhadap jasa seorang ibu . jadikan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk isteri dan anak-anaknya kelak . jika sampai masanya , dia tertulis untuk ku , pertemukan kami kembali . . . Ya allah kau lindungilah dia . Maafkan aku , kerana aku terlalu sayangkan dia" Aminn

writtern @00:30

Cerita
Jumaat, 15 Februari 2013

Assalamualaikum .

Amy ? kawan aku yang tak pernah renggang dengan aku . dan sekarang dah pandai bagi nasihat . Aku nak sangat dia berubah . Inak dia pun harpa macam tu jugak . Hari tu pergi rumah dia . Inak dia pesan suruh aku nasihatkan dia . Inak tak mau tengok dia jadi macam tu .

Aku tak salahkan Amy . Mungkin tak dak sapa yang tengur dengan cara dia atau sebaliknya . yang pasti , Amy memang ada masalah dia sendiri . Aku dengan dia dah macam kakak dan adik . Apa yang dia nak aku akan cuba bagi . sebab aku kenal sapa dia . dan aku tak kan mintak lebih dari dia .

Mak dia ?? walaupun umur sudah mencapai 30an , jiwa masih ramaja yang bersosial . Semua kisah Amy sudah terbentuk sebuah buku dalam hati aku . Aku bersyukur jugak . walaupun Amy macam tu . sekurangnya dia tahu mana buruk dan yang mana baik .

Macam biasa , anggap segala keburukan yang ada kat Amy sebagai kekurangan dalam diri dia . YEAH ! sekarang ? dia ada dalam bilik aku tengah menjiwangkan diri dia sendiri . haha . . rumah aku ni rumah kedua bagi Amy . tadi kami cerita pasal zaman kanak-kanak . masing-masing tak dapat tahan gelak . haha

Aku harap aku dan Amy akan berkawan sehingga hujung nyawa :)

Ya allah , jika engkau uji aku dengan kesenangan hidup suatu hari . jangan biarkan aku lupa siapa aku sekarang . jika engkau uji aku dengan susuatu yang bernilai . jangan biarkan aku aku lalai .

Aminn . .

writtern @00:03

JERAWAT
Rabu, 13 Februari 2013


Assalamualaikum .

kadang-kadang aku sendiri yang tak boleh terima kenyataan bila aku berdiri berhadapan cermin . teringin jugak mula licin ^_^ bukan aku menolak nikmat yang ALLAH beri . cuma satu keinginan . dah banyak kali aku usaha . ya aku tahu wudhuk tu penting jugak . memandangkan sekarang aku selalu buat part time solat :P

Malas aku dah menjadi jadi . Subuh jarang ! yang selalunya magrib dah isyak . yang tu tak berapa miss lagi la . Maaf bukan nak remehkan soal ni . tapi ~ entah la .

Cakap pasal jerawat . ergh ! mama selalu cakap aku ni banyak jerawat dan bla bla bla bla . . yang aku tau ada lagi orang lebih banyak jerawat berbanding aku . . hihihi . mungkin fartor umur , darah , atau hormon .

Apa pun sabar di ikuti  usaha . penting tu :D

Oh ! kawan lama aku kembali . dia dah buat aku sangat tenang . dan kenal siapa aku . aku nak jadi macam dulu lah . kalau orang mengumpat buat muka bLuRrr . . hahaha . rindu asrama la :(
rindu asrama sangat sangat . sekarang rindu aku dah naik tahap 100% .

nak balik asrama :'( rindu rindu . . rindu gila ! nak mati dah ni . . bila teringat asrama , teringat ubat selsema . aku akan makan ubat selsema kalau aku nak tidur awal . so , tabiat lama dah kembali . jom tidur awal ^_^v

GOOD night <3 nak mimpi asrama !!!!!

writtern @21:16

Argh !

Assalamualaikum .

Hari ni dah start kerja semula . setelah sekian lama aku bercuti . semalam tidur lewat sebab tunggu Man . last aku jenguk fon pada jam 4.54 pagi . lepas tu , alih kiri , alih kanan tertidur . hmm . resah sebab Man tak kasi tau yang dia dah balik . apa pun dia dah bagitau tadi , semalam dia tertidur .

Asalkan dia selamat . harap harap la . tujuan utama aku pagi ni , nak cerita pasal kes semasa aku dalam perjalan ke tempat kerja ni . masa bertolak tadi , angah dah pesan minyak moto tu dah nak kering . aku still buat tak endah . tapi takut jugak kalau moto tu mampus tepi jalan . dan lagi satu , aku tak pernah isi minyak seorang diri di petronas =,='

bla bla bla bla . masa tengah bawak moto ! tiba-tiba , moto jadi semput . dalam hati dah zikir , moto jangan lah mati tepi jalan ni . petronas dah nak dekat . dalam 80 meter nak sampai petronas . moto MAMPUS berhadapan dengan petronas . hahahahahahahaha

Malu tu memang ada ^^' dengan semangat aku menolak moto ke petronas tersebut dan isi tenaga untuk moto . oke , first time ! tak pa lepas ni tak payah call abah lagi . hahaha . .

oke stop ! ^_^

writtern @17:00

~_~

Ya allah . Kau permudahkanlah segala urusan Man . Berilah jalan kebaikan untuknya . Jangan biarkan dia memilih jalan yang salah . Sesungguhnya aku teramat sayangkan dia .

writtern @03:30

BIRTH DAY MAMA
Isnin, 11 Februari 2013

writtern @19:27

Entah
Khamis, 7 Februari 2013

Assalamualaikum .

Dear Diary
ini bukan surat rasmi , ini bukan laporan . Eyna ? dia bukan tempat aku luah lagi . betul cakap Nora . walaupun Eyna macam tu . aku still kawan dengan dia . anggap keburukan dia tu sebagai kekurangan yang ada dalam diri dia :) . fikir pisitif sudah .

Tadi pergi tengok wayang dengan Along , Kirah , Kakak Kirah , adek Megat , Hely , Fitri . cita yang buat aku tak boleh fokus . sebabnya dalam fikiran aku tengah fikir Man . entah diri aku ni . selalu buat silap . sekarang Man dah tak percayakan aku . Macam mana nak bahagia kalau dia tak percayakan aku . Aku menangis , dia cakap air mata aku ni air mata palsu . Murahkan air mata aku ni . hmm

aku rasa dia cakap macam tu sebab tak nak aku menangis lagi . lepas ni aku akan cuba untuk tahan dari mengalir air mata . Murah sangat air mata aku ! Lam , kau kena sabar >.< tak perlu air mata lagi . aku percaya Man .

dari cara Man aku nampak dia boleh didik sesorang . maksud aku , bertuah siapa jadi anak dia . harap Man akan jadi ayah yang bertanggungjawab dan sabar untuk mendidik anak-anak dia kelak nanti . Aminn . Aku kena terima apa yang Man cakap dekat aku . setakat ni dia lah laki buat aku sangat gembira . sangat bahagia . walaupun sekarang Man dah tak percayakan aku . aku akan berusaha untuk kembalikan semula kepercayaan Man terhadap aku .

dalam panggung tadi . aku tak tengok sangat movie tu . aku baca berulang kali mesej Man . Man ada cakap lepas ni kalau aku mintak putus , dia akan lepas aku dengan serta merta dan tutup hati dia . itu yang buat darah aku naik . takut sangat . takut kalau dia betul-betul pergi .walaupun aku selalu sedih sekarang . aku akan pertahankan hubungan ni . Man ja boleh buat aku tersenyum . kalau dia jodoh aku . tak kan kemana . mungkin aku belum matang dalam hungan macam ni . aku yakin nanti Man akan nampak jugak betapa ikhlasnya aku terhadap dia .

Aku tetap aku . dah cuba untuk jadi orang lain . yang senang ja hati berubah kepada orang lain . tapi hati aku tetap ada Man . bukan Man tak hirau kan tangisan aku . Man cakap air mata aku murah sebab Man tak nak aku menangis lagi . walaupun aku bukan yg sempurna untuk man . aku akan cuba buat dia bahagia dengan cara aku dengan segala apa yang dia kata :)

Man sangat sempurna untuk aku . Aku ingat bila aku dapat result nanti aku nak sambung belajar . itu pun kalau ada rezeki . Mungkin setakat diploma . masa tu mungkin aku dah umur 21 atau 22 . Aku nak kerja . dan simpan duit sama-sama dengan Man . (dah mula berangan)

tu pun kalau hubungan aku dengan man kekal .  kalau dia jodoh aku lah :) Mungkin aku sorang ja suka berangan macam ni . hehe . . segala apa yang aku buat prinsip aku jujur dan percaya . apa yang aku buat aku kan jujur dengan Man . yang paling penting aku percaya Man seorang yg setia :) dia bukan yang panas baran . harap dia tak kan pernah jemu untuk nasihatkan aku . tapi satu ja , ya aku memang degil orangnya . kesalahan yang kecil tu selalu berulang . sebab tu salah tu jadi besar :)

dalam hati lam cuma ada Man . tak kisahlah Man cakap lam penipu atau apa . rasa macam jerit satu dunia yang aku sangat beruntung dapat lelaki macam Man .Ya allah , kau permudahkanlah segala urusan Man .  aminn

Macam mana nak bagi Man bahagia ?? itu yang tak terjawab lagi . tak pa Lam . perlahan-lahan . tadi aku call yana , yana cakap sekarang masanya aku kena belajar jadi seorang yang penyabar . kalau suatu hari nanti Man buat kesalahan besar sekali pun . settle dulu . tahan selagi boleh tahan . jangan selalu ikutkan hati . Yana memang buat aku semangat . segala fikiran negative aku dah bertukar jadi positif . Thanks kawan . rindu Yana gila-gila .

Oh , Yana jugak ada cakap . semua orang akan lalui semua ni . kalau aku tak belajar dari sekarang susah bila aku kawin nanti . . haha . . mula-mula aku ketawa . tapi ada betulnya jugak . Yana kata , tak kan masalah kecik hang nak mintak cerai dari laki hang nanti . cuba fikir !

hahahaha . ya ya . . aku tahu itu . . Yana Yana ~ rasa macam nak peluk hang ja . tapi hang jauh sangat .

Man , Lam mintak maaf . Lam bukan yang sempurna untuk Man . tak kisah Man nak cakap apa pun kat Lam . yang Lam tau , Lam akan cuba jadi yang terbaik untuk Man . selama ni macam-macam Man dah buat untuk lam bahagia . Sangat bahagia Man . Lam akan selalu mintak maaf walaupun Man cakap Man dah maafkan Lam . Lam bersyukur sangat dapat kenal dengan Man .

Man tak pernah buat air mata aku mengalir . aku menangis sebab tindakan aku sendiri . bukan salah Man . diri sendiri . aku yang buat Masalah . tarik nafas lega bila man cakap man maafkan aku :D

hello kitty jadi saksi . bear dan bunny jadi tempat aku segih . . bobo pun sekali lah :D

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . .
DUNIA AKU CUMA ADA SEORANG LAKI YANG AKU CINTA . 

DIA ADALAH 

EMIR AMIROOL

 

writtern @09:43

Air Mata dan Senyum !
Rabu, 6 Februari 2013

Assalamualaikum .

oke ! oke ! oke ! oke !
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku memang tak boleh kalau tak dak Man :'( tindakan semalam ! tanpa berfikir aku terus buat keputusan . dan dia terima ! errr . .
lepas ni tak mau dah ! Aku sayang dia . memang aku tak boleh !

Macam mana nak cerita dekat engkau wahai BLOG .  hmm . . aku nak kongsi jugak !
macam ni . lepas Eyna terang 1 per 1 . aku rasa geram tak sangka . sakit hati macam orang sakit jiwa . masa tu perasaan benci terhadap Man mula berkuasa . Eyna pun cakap suruh putus . Tapi Amy cakap jangan ! nanti aku menyesal . Amy cakap Man baik . Eyna cakap semua laki sama . Amy suruh perbaiki hubungan . Eyna cakap banyak lagi yang menunggu .

Oke stop ! ergh . kiri ke kanan . kiri ke kanan . last aku ikut cakap Eyna sebab masa tu aku dah pikir panjang . Aku buat keputusan break dengan Man . semalam , Eyna mesej . ajak karoke . aku ajak along . then , bawak sunglass Man sekali . suruh along singgah kat tempat Man . tanpa buang masa . aku call man . suruh amek sunglass dia kat kolam atas meja . perasaan benci tambah ego memang tinggi masa tu . lepas letak sunglass atas meja . sent mesej mintak break . masuk dalam kereta . bagi tau Eyna dah selesai . Eyna kata "Yes , Lam berjaya! " masa tu sebak aku dengar Eyna cakap macam tu . kenapa Eyna tak selam hati aku . dia macam suka aku break dengan Man .

sebelum ni Eyna jarang sokong kalau tindakan aku nak tinggal Man . hmm . so aku diamkan saja . sampai tempat karoke . mesej Man masuk .

"kenapa cakap macam ni"
then sampai lagi
" kalau tu keputusan dia , , , , bla bla bla "

semput aku baca . terkedu ! bertakung Air Mata . hati sakit sangat . aku bagi Eyna baca mesej Man . Eyna nampak bahagia . dia kata Lam dah break ! bagus bagus . . masa tu . perasaan benci terhadap Man beralih kepada Eyna . sepanjang karoke . aku fikir Man , Man , Man , Man .

then sent mesej kat Man . dengan harapan Man tak lepaskan aku . . tapi dia tetap terima keputusan aku . mungkin status aku di FB  aku nampak happy tanpa Man . atau blog yang aku update kemarin . Man masih buka blog aku ka ? aku rasa tak kot . dah lama aku tak update kan .

dalam koroke aku pilih 1, 2 lagu . tapi tak nyanyi . Eyna ambil alih . abis karoke aku gtau along . Along jap ! singgah tempat Man kejap . masa kereta masuk dalam kawasan pintu pagar tu aku dah nampak Man jalan . aku terus bukak pintu . tapi kereta belum henti .

turun dari kereta . aku nak kejar Man . tapi hati sebak ! dah tak boleh cakap apa . air mata mengalir deras ! . tapi aku paksa diri untuk lontar kata . aku tempit Man . dengan harapan bila aku bersua muka Air mata tak akan mengalir depan dia . dia toleh kebelakang ! kemudian dia terus berjalan . tanpa hiraukan aku .

masa tu memang aku tak tahan . menangis tak terkata . aku cuba keringkan air mata . tapi tetap mengalir deras . perlahan aku langkah menaiki tangga sambil kesat air mata . sampai depan pintu rumah Man . aku cuba tahan sebak . nak bagi salam , mulut terbuka tapi tak bersuara . sebak sangat dada ni . Aku call dia . tapi tak jawab . aku pangil dia , Man ! tapi tak da jawapan . sekali lagi aku panggil , Man ! tetap tak da jawapan . aku tunggu depan pintu . tiba-tiba pintu terbuka . aku harap sangat air mata aku kering masa tu . tapi tak boleh . bila tengok dia .  lagi bertambah air mata aku . aku terus peluk dia .

lagi erat aku peluk dia . lagi banyak air mata aku mengalir . ntah kenapa aku langkah kaki untuk jumpa Man . hati aku yang kejutkan diri aku untuk jumpa Man . tak nak break dengan dia . ya , aku mengaku . aku terlalu sayangkan dia . sayang dia sangat . aku tak kisah dia siapa . yang aku tau aku sayang dia . Faham tak ? aku SAYANG dia .

Aku perlu dia . dia kekuatan aku ! kalau dia takdak aku tak kan kuat . sebab ! sebab aku sayang dialah ! hihi :') aku kena sabar !

kalau dia untuk aku . dia tetap untuk aku :D aku percaya dia seorang yang setia . dan aku harap sayang dia terhadap aku tak kan pernah berubah :')

writtern @07:15

RAHSIA
Rabu, 30 Januari 2013


Assalamualaikum .

Aku dengan Man ? masih seperti biasa . Hati aku cuma ada Man . Cuma sekarang aku dapat rasa yang rasa malu aku sudah berkurang . Betul cakap Eyna . Dulu hati aku selalu jugak menyindir Eyna . Eyna pernah cakap kalau dia duduk dengan Adam dia rasa macam tak nak lepas Adam dari sisi dia . Eyna pernah cerita jugak , bila Adam nak hantar dia balik rumah dia rasa kenapa waktu tu begitu cepat .

Sekarang aku dah rasa macam mana Eyna rasa . Maaf juga kepada Eyna ^_^
 
Memang semua orang akan rasa benda yang sama ka ? macam mana aku rasa saat aku bersama Man . Aku rasa tenang sangat . Bahagia bila Man ada kat sisi aku . Kenapa aku jadi macam ni . Selama ni aku tak pernah alami rasa macam ni . Amy jugak pernah cerita macam mana dia dengan Aifa . Kadang-kadang aku lupa Amy tu perempuan . Cara dia cerita aku tak rasa dia perempuan . Dan aku dapat rasa dia juga ada perasaan yang sama .

Perasaan bersalah terhadap diri sendiri tetap ada . Aku cuba tanya pendapat dari Eyna . Eyna bagi jawapan seolah-olah itu pekara biasa . Eyna cakap kalau kita sayangkan seseorang tu kita akan rasa macam ni . Aku cuma diam . Tapi hati sedang membakang dia . Aku rasa perasaan macam ni muncul saat aku bersama Man saja .

Eyna cakap mungkin aku baru rasa . Aku ingat Eyna tak tahu apa yang ada dalam fikiran aku . Rupanya dia lebih tahu apa yang aku fikir . Masing-masing ketawa besar . Tiba-tiba cerita pasal kawin . Aku tak sanggka fikiran kami masing-masing dah berubah . Aku rasa semua orang ada keinginan yang sama . Tapi aku ada cita-cita :)

Eyna cuba buka cerita . Aku ketawa terbahak bahak ! Eyna peringatkan aku masa dua tahun yang lepas .Dua tahun yang lepas aku ingat lagi . Aku lah orang pertama yang akan bangkang kalau dorang cakap pasal BOYFRIEND . Aku lah orang pertama yang akan bakangkang kalau dorang cakap pasal KAWIN . Sebab tu aku lebih suka kawan dengan Amy . Dulu fikiran aku dengan Amy hampir sama . Dan sekarang aku dengan Eyna . Amy ? tetap macam dulu . hahaha . .

Sambil menaip cerita aku ketawa besar dalam office . Nasib tiada orang datang ^_^

writtern @18:51

TUNGGU
Isnin, 24 Disember 2012

Assalamualaikum

Hari mama offday . hari ni jugak sepupu mama dari pahang yang datang bercuti dah nak balik ke Pahang . Mama kejutkan aku pagi-pagi lagi . aku mandi dan bersiap . tujuan utama mama ajak berjumpa dengan sepupu dia .

kebetulan abah ada kerja . so , selasaikan kerja abah . pergi kuah , tunggu dalam kereta sementara abah nak selesaikan kerja dia . lama sangat . sampai jam 2 petang . dah tak sempat nak jumpa sepupu mama tu . penat aku tunggu dalam kereta >.< jadi togong seketika . .

sampai rumah jam 3 petang . apa pun tak dapat untuk hari ini . .

tadi Yana call . aku masih tak faks penginapan tu . ergh ! nak faks kat mana ni ? tulung tulung . .

writtern @03:34

Lebih Baik
Khamis, 20 Disember 2012

Assalamualaikum .

mintak maaf lama tak bercerita . aku bahagia bersama Man .

aku percaya Man . aku sayang Man sangat-sangat . kalau aku buat salah dia mesti tegur . dan aku akan ubah salah yang aku buat . . bergaduh dan salah faham mesti ada dalam sesuatu hubungan .

tadi Man merajuk , call aku pun Man riject . aku pujuk dan pujuk ! dah salah aku .
aku tak bagi tau aku ada hal sikit tadi . aku tak tau yang Man tunggu mesej aku . . yang tu memang salah aku . .

aku pujuk dan terus pujuk . . seperti biasa aku akan terjah tweet Man . tak sangka Man boleh kata macam tu . . aku terasa sangat dengan kata-kata tu . kalau salah aku , terus terang apa salah aku . sekurang-kurangnya aku boleh ubah sikap aku .

mungkin dia dah muak dengan aku . aku cuma ada dia dan tak pernah terfikir untuk cari yang lebih baik dari dia . . aku dah pilih dia dalam hati aku . dia dah sempurna untuk aku . dia terbaik bagi aku . .
hati ni sakit sangat . . entah kenapa percaya aku terhadap dia makin pudar . sebelum ni aku percaya dia sangat-sangat . aku tahu dia salah seorang lelaki yang boleh bincang kalau ada masalah . dan sekarang .

entah la . aku tahu dia akan buka blog ni . ini tengtang apa yang aku rasa . aku terkilan dengan kata-kata dia :'(

writtern @00:43

28 / 11 / 2012
Sabtu, 1 Disember 2012

Assalamualaikum .

tajuk tu ^_^v
dah lama aku nak cerita . tapi tak rasa perlu cerita disini . sebab blog ni aku rasa macam dah tak selamat .entah kenapa aku fikir macam tu . di sebabkan aku fikir ke arah tu . aku sediakan buku untuk menulis . menulis , meluah , bercerita .

apa yang terjadi pada tarikh tersebut adalah . oke , pada siang hari . aku , Amy dan Man jalan-jalan kat parade . Man ajak makan . aku tak nak . then jalan lagi . Man cakap dia lapar PIZZA . WoO . dia ajak makan PIZZA dekat pekan rabu . masa makan PIZZA tu . dia ada benda nak cakap dengan Amy .

Oh . malam sebelum-sebelum tu . Man ada tanya apa perasaan aku tehadap dia . dan aku jawab . macam mana perasaan Man terhadap aku , macam tu lah perasaan  aku terhadap dia . dia cakap harap kita cuma berkawan . terasa jugak lah . sebab aku dah anggap dia lebih dari kawan . tapi aku tak kisah .

dan pada tarikh 28 / 11 / 2012 . lepas makan PIZZA . jalan-jalan kejap . dan dan . .

 
 


dan lagi kan :D

Malam tu rancang nak tengok wayang 8.30 . . tapi aku sampai parade pukul 9 lebih . niat aku masa tu memang tak nak tengok wayang dah , takut lewat . rupanya Man dan Amy dah beli tiket 10.30 . gelisah jugak la . tapi dah beli kan . aku buat keputusan call Mama dan bagi tau dulu .

dah settle dengan Mama . . masa pukul 10 , Man panggil aku . Man cakap Man sayang aku , Man cinta aku . dan dia tanya , aku sayang dia dak , aku cinta dia dak . lepas tu dia melutut . kat tengah-tengah tu .

sebenarnya aku ketawa ja masa tu . kalau perempuan lain memang dah nangis masa tu .
tapi aku ? entah lah . aku terima dia seadanya . buat masa sekarang aku tak boleh percaya dia sepenuhnya . dan aku tak boleh terlalu sayangkan dia . aku tahu satu hari nanti aku akan sayang dia sangat-sangat .

apa pun , aku akan cuba jadi yang terbaik untuk dia . sebab dia dah cukup terbaik untuk aku . memang dia salah satu lelaki yang aku nak . tapi dia MEROKOK ^^' err . entah lah , tak kan aku nak fikir macam mana aku fikir dulu .

akubiarkan saja . aku tak da hak nak halang dia merokok .

 

writtern @03:22

SENYUM :)
Khamis, 22 November 2012

Assalamualaikum .

Senyum ?
senyum bukan terpaksa , dari hati terus ke otak dan senyum . Man selalu buat aku tersenyum dalam erti kata yang lain SENGIH . ahaks !
kemarin aku memang tak sangka dapat jumpa dia . .

Nasib la Si Faisal ajak stay kat CM . aku memang penat masa tu . turun skate sebab dah lama aku tak sarung roler blade . So , turun kejap .

pukul 5 - 7 lepas tu lepak Old Town . Man memang tak tau aku turu skate . masa kat Old Town ada baru bagi tau dia . aku tak berapa ada kredit dan tengah layan youtube dengan Mimi . Faisal pulak , tarik fon aku . aku reply whatsApp pun lambat daa .

dalam pukul 8 setengah dan lebih-lebih . fon yang ada kat tangan Faisal bunyi . Faisal ketawa , sebab nama NOBITA . lawak kah ? abaikan .

Man tanya ada mana ? aku jawab . then aku tanya dia ada mana ? dia cakap ada kat rumah . oOO . . lepas letak call dia . Mimi ajak ke toilet . aku bangun dari tempat duduk aku , barang habis terjatuh . . haha . .

Alih-alih kat cermin , eh ? macam aku kenal mamat tu ? ahaks ! aku ternampak man .

aaaaaaaaaaa (jerit dalam hati)

Man pun dah nampak aku dalam Old Town . aku teman Mimi pergi toilet . pastu aku pergi jumpa Man . walaupun jumpa kejap . rasa bahagia sangat .

pukul 9 dan lebih-lebih . start skate , Nadia tak datang , Alwan pun tak jugak . Oke ! Faisal jadi Cikgu . pukul 10 dan lebih-lebih aku tak perasan Man lalu situ . Ops ! aku jadi malu dan terkaku . hehe . dapat jumpa lagi .

oOO ~
bahagia rasaNya . .

Byep :-)

writtern @16:06

aku ? dia ?
Rabu, 21 November 2012

assalamualaikum .

sekali lagi aku rasa bersalah yang teramat sangat . aku yang marah Man tak tentu pasal semalam . semalam memang tak dak mood . aku tak marah dia sebab dia selongkar blog aku tu . tapi aku tak tahu kenapa semalam buat aku geram kat dia .

hmm . . kalau tweet kemarin buat dia tak selesa dengan aku . aku mintak maaf sangat-sangat . aku yang salah . aku marah tak tentu pasal .

ergh !
macam mana nak jaga hati dia ?
atau aku bukan yang terbaik untuk dia ? . .

aku sayang dia sangat-sangat . aku nak jadi yang terbaik untuk dia . tapi aku sendiri yang buat dia terasa hati dengan aku . [kot] .

aku nak jadi macam biasa ja ~ betul cakap dia . aku tak boleh marah disebab perkara yang lepas !

kenapa aku tak terfikir langsung ! aku rasa macam bodoh . jahat kan aku ni ? aku nak dia tau , aku tak da niat langsung nak buat dia macam tu .

:-(

writtern @17:02

Birthday Amy
Rabu, 14 November 2012

Asalamualaikum . .

Tadi bangun pagi , masak bihun . hari ni birthday Amy . Eyna beli tepung n telur . . hahaha . .
tadi pergi lubuk . sambut 6 orang ja . tanpa kek :) btw . best sangat . . gambar kena tepung tak da la pulak >.<





writtern @16:30

MASALAH EYNA
Selasa, 13 November 2012

Assalamualaikum .

mungkin aku salah seorang kawan rapat Eyna . sebab tu dia kongsi masalah dia dekat aku . ya , malam kemarin memang Eyna datang rumah . dan ada sorang lelaki call dia . Eyna memang selalu cerita dengan siapa dia berkawan .

Eyna memang banyak kawan lelaki . tapi dia cuma ada sorang ja lelaki yang dia sayang . BF dia nama ASHRAF . duduk kat sungai petani . dari cerita dia , aku yakin BF dia setia kat dia . tapi aku kurang berkenan dengan cara Eyna . sebabnya , dia ada sorang lagi kawan rapat lelaki , Nama ADAM .

stop pasal Adam dan Ashraf . sekarang Eyna ada masalah dengan Faris ! OMG ! Faris tu ? aku kenal sangat dengan Faris . subhanallah . Eyna mengalir air mata cerita pasal Faris yang tak guna tu . rupa Faris tu yang keluar dengan dia malam Eyna datang rumah aku .

Aku terharu apa yang Eyna Cerita dekat aku . dan rasa macam tak percaya . lepas Eyna mengalirkan air mata dia . aku memang tak tahu nak buat dia senyum macam mana . . tiba-tiba idea datang . aku ajak Eyna naik gunung raya .

Yeah ! kami berdua menggila dekat gunung raya . Snap picture ! Eyna ajar aku buat gaya macam model . aku tak pandai lah >,< haha . . Eyna tak pa lah . dia memang comel . dan sangat BERGAYA . yuhuuuu . .










writtern @19:27

tak boleh duduk diam
Jumaat, 2 November 2012

Assaalamualaikum . .

oke . sekarang time outing . . aku balik kejap . dan aku nak story pasal minggu ni . aku tak bawak sim pergi asrama . . aduh . . memang tak boleh duduk . . aku rasa rindu gila dekat budak ungu . . asyik tengok pic aku dengan dia ja dalam fon . tapi tak boleh call tak boleh mesej . . boleh jadi gila aku di buatnya . .

tapi , kawan aku Anis . dia nak jumpa pakwe dia . dia suruh aku ajak budak ungu tu . . dengan tak malunya aku call budak ungu tu . . tak penah aku ajak orang laki macam tu . rasa malu tu ada jugak . . tapi buat-buat tak malu ja . .

Hari rabu , dengan pakai t-shirt asrama , meet budak ungu . . hahahaha . . best sangat . . dia bagi aku baca note tanda-tanda orang jatuh cinta . . semua yang aku baca tu ada dalam diri aku . . aku jatuh hati terhadap dia :) tapi perasaan aku boleh kawal lagi . .

kami cuma . kawan . ya tak lebih dari tu . . aku hanya bertepuk sebelah tangan . . apa pun aku bahagia dapat berkawan dengan dia . .

writtern @11:30

Salam AIDILADHA
Jumaat, 26 Oktober 2012

Assalamualaikum . .

Selamat hari raya AidilAdha . . raya ni memang tak da plan . . mesej dengan budak ungu tu . dia pun kerja . . haaa . .sebelum dia pergi kerja , ingat nak pergi hantar sedikit makanan raya kat dia . . (Maklumlah kami dah semakin rapat) . . hiks :)

tup tup . yana call nak datang rumah . kena layan depa la pulak . . Yana ajak aku pergi meraya rumah diana . . Eyna tak nak ikut , Amy busy dengan awek . Biela layan BF dia . . so kami pergi berdua ja . merempit pakai baju raya . . hahaha

aku dah lama tak pergi rumah dia . dan lupa jalan . haha . . terlajak sampai Hotel Danna . tiba-tiba teringat dengan budak ungu tu . dia keja situ . . huhu . .

owh , sampai rumah Diana terus kami gelak . dah lama tak jumpa kan . . biasalah kawan rapat aku masa kat SMKTP . rindu sangat Diana . dia baru lepas exident . kesian aku tengok jalan terjengket-jengket . . dia tanya aku . pasal aku ada send mesej karangan kat dia tempoh hari . ya , aka send pasal Nazih . aku cerita kat dia pasal Nazih . .

rupanya . Gadis Babi Gumm tu cousin dia . . :) rumah dekat situ jugak . . ops ! haha . . tapi aku dah tak kisah pasal Nazih . dah tak dalam fikiran aku . yang ada sekarang Syazwan Shukry . walaupun Syazwan dah lama tak contact aku . last contact dengan dia ujung bulan 8 .

mybe aku tak perlu fikirkan pasal dia . tapi susah untuk padam nama dia dalam otak aku . . hmm
oh , lupakan cerita tu . .

tadi masa kat rumah Diana . kami snap snap picture gitu . . sebab nak buat kenangan . .
ni gambar kami tadi siang . .


















writtern @21:00