Ting Tong
Jumaat, 22 Mac 2013
Assalamualaikum
Ya Allah . aku macam tak percaya ! lagi sekali aku terserempak dengan Syazwan Shukry ! rindu nk menggila dengan dia . haha . semangat aku kembali pulih bila tengok dia . kami bertentang mata . lepas tu aku jadi gelabah bewak ! masa tu aku tengah bawak 6 cawan ais yang diletakkan atas talam .
Argh ! Malunya . . aku terkejut lepas bertentang mata dengan Syazwan Shukry . 1 daripada 6 cawan ais terjatuh ke lantai . Syazwan Shukry tunduk sambil senyum . aku malu gilaa . aku langsung tak pandang dia . aku dapat rasa dia toleh ke arah aku . aku kekalkan keduduk aku diatas kerusi sambil tunduk .
Dia dh semester akhir . haha . aku baru nak sambung belajaq . dulu aku selalu berharap dia jodoh aku . tapi sekarang aku rasa malu untuk berharap macam tu . aku rasa malu untuk berkawan dengan lelaki . apa aku patut buat untuk lupakan semua ni . aku malu dengan diri aku sendiri , malu dengan kawan-kawan aku . aku malu dengan siapa yang bakal menggantikan tempat Man di hati aku .
Aku rasa Murah sangat ! patutkah aku cerita dekat sesorang tentang apa yang aku rasa sekarang ! kalau Syazwan Shukry tau mesti dia akan tutup hati dia untuk aku . .
aku ingat Man boleh kekal lama dengan aku . rupanya tidak . dia pun sudah ada pengganti baru . macam mana dia tinggal Fara Nur , Macam tu lah dia tinggal aku . macam mana dia cari salah Batrisha , macam tu la yg jadi dekat aku . alasan yang sama dia gunakan . aku Malu dekat Mama . tiap hari tanya tentang Man . tiap hari cakap aku ni dok mesej dengan Man . aku cuma ya kan saja .
Maaf untuk Mama . tak dapat berkongsi rasa . apa pun , aku akan cuba lakukan yang terbaik . untuk masa depan aku jugak ! aku ingat lagi , Man pernah kata kalau dia dah beli moto dia akan selalu datang kumpulan . tapi semua tu kataKata semata !
Aku dipermainkan :-(
dia pergi tak berhati . tinggal aku tanpa perasaan ! tak pa Man . Mungkin Man selesa buat perempuan macam ni . Dia tak pernah hargai orang yang sayang dia . aku sumpah ! dia akan menyesal lepas apa yang aku rasa dia akan rasa !!
aku tak rugi apa pun ! cuma aku malu sebab benarkan diri aku menyentuh , memeluk dan mencium dia . . aku tak boleh jatuh ! perjalanan masih panjang . ada masa untuk aku berubah . cukup lah Man buat aku macam ni . harap tak da lelaki yang macam Man singgah dan curi hati aku lagi . sakit sangat hati ni .