<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1618184930776000298?origin\x3dhttps://luahsegalanya.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="//www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&amp;blogName=url.blogspot.com&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http://url.blogspot.com/&amp;searchRoot=http://url.blogspot.com/search" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>

Nak terima ??
Selasa, 4 Jun 2013

Assalamualaikum !!

fuhh . dah lama tak bercerita ! lepas Man tinggal aku . aku rasa macam benci nak berkawan dengan lelaki .
tapi bila difikirkan semula . tak sebab Man aku nak pasang Niat sampai macam tu sekali ?? betul tak ?
dan bila aku baca semula apa yang cerita dalam ni . memang aku gelak keras perut .
pasal Syazwan Shukry ? ish ! dia tu dah macam abang lah . memang la aku pernah suka kat dia . tapi tak perlu kot untuk dapat kan dia .

Tujuan aku buka blog ni semula . sebab nak cerita pasal seorang lelaki yang sudah buat aku TERsuka dekat dia . Dia tak merokok . haaaaaa . dah lama aku cari . yang bestnya kami satu sekolah rendah !! kenapa aku tak pernah kenal dia ?? ish2 . Nama dia Hazihan , duduk kat Makam Mahsuri . pandai Main seruling kot .
yang tu aku tak tahu sangat . yang aku tahu . macam mana aku boleh rapat dengan dia ?

cetitanya macam ni , sebelum ni dia memang ada tegur aku dalam FaceBook . tapi , aku layan macam tak mau layan ja . sebabnya aku tak kenal . dah memang aku kalau tak kenal susah nak balas chat orang . oke , masa p makan dekat area Makam Mahsuri dengan Sahada dan Nabila . tiba2 aku tanya Sahada kenal Hazihan tak ? Sahada cakap dia kenal . Sahada kata dulu dia gemok . oke aku buat tak endah lagi masa tu . dan lepas makan rupa dia Hazihan yang pernah tegur aku dalam FaceBook . aku ternampak dia kat tepi jalan . hehe . masa tu dok fikir jugak , siapa budak ni .

Malam tu jugak dia chat aku dalam Facebook . ahaha . dah alang alang aku tak da kawan . berkawan je lah . yang bestnya dia tinggal number fon kat aku . niat nak masej . tapi dah lama aku tak top up . selang dua tiga hari lepas tu . dia cakap dia nak call aku . so , aku bagi number aku .

Hati rasa berbunga bunga .
lepas Man hilang dari hidup aku . haha . Cinta ? kan fitrah . memang tak boleh nak buat apa . malas nak cerita panjang panjang . kalau nak dipendekkan cerita . Now aku dah terima Hazihan dalam hidup aku ?? tapi masih menjadi tanda tanya . betul keputusan yang aku buat sekarang ni ?? Hazihan mintak couple semalam . dan aku terima . kenapa aku terima ? aku pun tak tahu kenapa .

yang aku tahu dia dah ada dalam hati aku sekarang . hehe . sayang memang la sayang . tapi tak sayang sepenuhnya lagi . insyaAllah aku akan cuba jaga hubungan ni dengan baik . kalau dia jodoh aku tak kemana . aku cuma takut di kecewkan lagi . macam mana Man buat kat aku . tinggal aku tanpa ada perasaan .

tapi aku yakin Hazihan baik orangnya . InsyaAllah dia tak kan buat aku kecewa lagi . cuma perlu tunggu dan lihat . semuanya dah tertulis .

"Ya Allah , Baik dan buruk Hazihan aku terima dia seadanya . Andainya dia untuk aku .. kekal kan hubungan kami . permudahkan segala urusan dia dan aku . aku akan cuba terima apa yang akan berlaku lepas ni " Aminn . .

Hazihan , harap awak dapat terima saya seadanya . Maaf , saya tak comel macam perempuan yg awak kenal sebelum ni . tapi Percayalah , saya Akan setia dan buat awak bahagia dengan cara saya sendiri . Saya tak minta apa2 dari awak . saya harap awak boleh setia :) saya tak minta kekayaan dari awak , sebab saya pun orang biasa , hidup sederhana . walaupun setakat ni , saya tak kenal latar belakang keluarga awak .

dah dah . aku tidur ,

SELAMAT MALAM DIARY KU . 
SELAMAT MALAM HAZIHAN KU.

writtern @02:00